Anugerah Kecemerlangan

Anugerah Kecemerlangan
Tahniah diucapkan kepada semua warga Chee Mong ! You are the BEST !!!

Mesyuarat Agung PIBG 2016

日期Tarikh : 07.04.2016 ( 星期四Khamis )
时间Masa : 2.15 pm
地点Tempat :学校图书馆Perpustakaan Sekolah

Program 40 Hari Menjelang UPSR

日期Tarikh : 20.07.2016 ( Rabu )

Sunday 10 July 2016

SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2016

      Pada 15 Mei 2016, SJK (C) Chee Mong telah mengadakan Sambutan Hari Guru 2016 yang bertemakan guru pembina negara bangsa bertempat di dewan kecil SJK (C) Chee Mong. Sambutan ini telah disertai oleh semua murid SJK (C) Chee Mong seramai 96 orang dan semua guru turut terlibat. Semua ibu bapa juga dijemput hadir ke sekolah bersama-sama meraikan sambutan ini.

15 Mei 2016
7.20pagi
Semua murid, guru dan para tetamu berkumpul di dewan kecil SJK (C) Chee Mong untuk meraikan sambutan Hari Guru 2016.

7.30pagi- 8.40pagi
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu “Guru Malaysia”. Atur cara diteruskan lagi dengan bacaan perutusan Sambutan Hari Guru Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia oleh Cikgu Norashimah Binti Iberahim dan bacaan perutusan dari Menteri Besar Terengganu dan Pengarah JPN Terengganu oleh Cikgu Ku Ai Chean. Seterusnya, ucapan daripada Guru Besar. Guru Besar mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga pendidik SJK (C) Chee Mong serta berterima kasih kepada ibu bapa dan tetamu yang menghadiri sambutan ini. Ucapan seterusnya disampaikan oleh Cikgu Oho Siok Kiang selaku wakil guru.Kemudian, wakil murid Ong Wei Yi turut memberikan ucapan kepada semua guru. Sesi diteruskan dengan penyerahan cenderahati penghargaan kepada semua guru yang disampaikan oleh YDP PIBG. Upacara “Minum Teh” oleh murid kepada guru turut dijalankan dengan lancar.

9.30pagi – 10.30 pagi
Aktiviti permainan dijalankan untuk murid Tahap 1 dan Tahap 2. Semua guru boleh menyertai permainan tersebut. Acara permainan bagi setiap tahap adalah seperti berikut :
Tahap 1 – Merebut kerusi
Tahap 2 – Ikat kaki berpasangan
Semua guru dan murid – Pijak belon

10.30 pagi – 11.30 pagi
Semua murid dan guru berkumpul di kantin sekolah untuk jamuan ringan. Semua murid membawa makanan masing-masing untuk dihidangkan. Makanan murid Islam dan bukan Islam diasingkan mengikut tempat di mana murid Islam menghidangkan makanan di bawah pokok manakala murid bukan Islam menghidangkan makanan mereka di kantin.

11.30 pagi -11.45 pagi
Majlis disambung dengan upacara penyampaian hadiah.

11.45 petang
Majlis bersurai.


Secara keseluruhannya, sambutan hari guru telah membawa manfaat kepada semua warga sekolah. Sambutan ini berupaya merapatkan perhubungan yang erat di antara guru, murid dan ibu bapa. Sambutan ini juga dapat membentuk nilai-nilai murni dalam diri murid di mana murid akan menghargai jasa guru yang sentiasa menyampaikan ilmu kepada mereka di samping memupuk sikap hormat-menghormati, setia kawan, bekerjasama dalam kehidupan seharian.



No comments:

Post a Comment