Anugerah Kecemerlangan

Anugerah Kecemerlangan
Tahniah diucapkan kepada semua warga Chee Mong ! You are the BEST !!!

Mesyuarat Agung PIBG 2016

日期Tarikh : 07.04.2016 ( 星期四Khamis )
时间Masa : 2.15 pm
地点Tempat :学校图书馆Perpustakaan Sekolah

Program 40 Hari Menjelang UPSR

日期Tarikh : 20.07.2016 ( Rabu )

Monday 30 May 2016

KEM KEPIMPINAN 2016

KEM KEPIMPINAN 2016


      Pada 5 Mei 2016, SJK (C) Chee Mong telah mengadakan Kem Kepimpinan 2016 bertempat di dewan besar SJK (C) Chee Mong. Kem ini telah disertai oleh pengawas, pengawas perpustakaan, ketua kelas serta penolong ketua kelas SJK (C) Chee Mong seramai 49 orang dan 5 orang guru turut terlibat.

7.00pagi
Semua murid berkumpul di  hadapan dewan besar SJK (C) Chee Mong untuk sesi pendaftaran. .

7.20pagi – 10.20 pagi
Semua peserta berada di dewan besar untuk mendengar ceramah kepimpinan yang disampaikan oleh Cikgu Chua Peck Em selaku pengerusi kem kepimpinan tahun 2016. Murid teah didedahkan dengan tugas-tugas seorang pemimpin dan cara untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa. Slot ini juga menyediakan nyanyian dan tarian kepada peserta bagi memberi peluang untuk mereka menghayati lirik lagu tersebut secara terhibur. Seterusnya, aktiviti ‘team building’ turut dijalankan di mana setiap kumpulan dikehendaki mengikat kaki antara satu sama lain untuk melalui halangan petak yang disediakan. Dengan ini, mereka perlu bekerjasama dan bertolak ansur bagi membolehkan kedua-dua kumpulan melepasi halangan.

10.20 pagi- 11.00pagi
Murid bergerak ke kantin sekolah untuk sarapan pagi. Murid duduk mengikut kumpulan masing-masing.

11.00 pagi – 1.30 petang
Semua peserta sekali lagi naik ke dewan besar untuk terlibat dengan aktiviti uji minda. Terdapat 6 stesen permainan yang telah disediakan kepada mereka. Mereka diberikan masa selama 20 minit untuk menyelesaikan masalah yang disediakan pada setiap stesen. Melalui aktiviti ini, peserta dapat bekerjasama untuk menyelesaikan masalah di mana ketua kumpulan memainkan peranan yang penting dalam memberi arahan kepada anak buahnya dalam pembahagian tugas.

Aktiviti stesen adalah seperti berikut :
Stesen 1 – Kuiz matematik
Stesen 2 – ‘Bridge building’
Stesen 3 – ‘Mistery triangles’
Stesen 4 – Bulatan kertas
Stesen 5 – Sudoku
Stesen 6 – Menulis secara berkumpulan

1.30 petang  – 2.30 petang.
Murid bergerak ke kantin untuk makan tengah hari. Semua murid dilatih untuk mendisiplinkan diri dengan mencuci dengan sendiri peralatan makanan yang telah digunakan.

2.30 petang  – 4.30 petang
Murid menjalankan aktiviti mengecat tayar bagi menceriakan kawasan sekolah bertempat di dewan kecil SJK (C) Chee Mong. Para peserta dipecahkan mengikut kumpulan dan diberikan tugasan untuk mengecat tayar berbentuk minion. Aktiviti ini membolehkan murid bersama-sama mencurah sumbangan kepada keceriaan sekolah di samping melatih mereka untuk mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menghasilkan sesuatu. Murid juga dilatih untuk mendisiplinkan diri dalam menjalankan aktiviti supaya mereka dapat menjadi seorang peneraju yang baik. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat mencungkil bakat seni murid-murid.

4.30 petang
Satu majlis penutupan ringkas telah dijalankan di mana murid-murid diberikan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Guru Besar SJK (C) Chee Mong, Pn Tan Lee Eng.


Secara keseluruhannya, kem kepimpinan ini telah memberi pelbagai kebaikan kepada peserta. Kem ini dapat membentuk nilai-nilai murni dalam diri murid di mana murid akan bekerjasama antara satu sama lain untuk menyelesaikan masalah tanpa mengira bangsa serta mendidik mereka untuk menjadi seorang pemimpin yang cekal dan cekap. Penambahbaikan yang boleh dilakukan sepanjang aktiviti ini adalah  dengan melibatkan lebih ramai peserta dengan mengambil kira ketidakhadiran sebilangan peserta. 

No comments:

Post a Comment