Laporan tentang Pesta Angpau Tahun 2011
Pada 22 Januari 2011, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chee Mong telah mengadakan Pesta Angpau Tahun 2011. Pesta Angpau tahunan ini agak meriah kerana Guru Besar, pengerusi PIBG dan ibu bapa murid sudi hadir untuk bersama-sama meraikan.
Dengan ini, pelbagai persiapan telah dibuat supaya atur cara Pesta Angpau itu berjalan lancar. Atas kerjasama para guru, mereka dapat menyempurnakan dan menyiapkan segala tugasan yang dibahagikan oleh pengerusi Pesta Angpau ini.
Tepat pukul 7.30 pagi, murid-murid berbaris mengikut tahun dan berkumpul di dewan. Pada pukul 7.45 pagi, para murid, guru-guru dan para tetamu bersama menyanyi Lagu Negaraku dan Lagu Negeri. Seterusnya, Guru Besar Puan Tan Lee Eng dan Pengerusi PIBG Encik Tey Kok Keong telah menyampaikan ucapan lalu merasmikan pembukaan pesta ini.
Pengerusi PIBG, Encik Tey Kok Keong telah memperuntukkan dua buah hamper untuk pertandingan hiasan kelas dan pemberian angpau kepada semua pelajar. Di samping itu, pihak PIBG juga menyumbangkan angpau kepada pemenang dalam pertandingan menulis, kaligrafi, mewarna dan mereka kad Tahun Baru Cina. Dengan ini, En Lai Siew Keong, En Lee Boon Hin, En Tan Boon Sin dan En Chou Chun Sing juga memperuntukkan 35 kotak limau mandarin kepada sekolah.
Pada pukul 8.15 pagi, pertandingan menulis dan kaligrafi pun bermula. Pertandingan menulis adalah dibahagi kepada para pelajar tahun 1 hingga 3 menyertai di dalam kelas. Di mana, pertandingan kaligrafi bagi para pelajar tahun 4 hingga 6 berada di dalam dewan. Selepas pertandingan menulis dan kaligrafi, persembahan pelajar pun bermula pada 9.20 pagi.
Selepas persembahan dan waktu rehat pelajar, pertandingan mewarna dan mereka kad Tahun Baru Cina pun bermula pada pukul 10.45 pagi. Pelajar bagi tahun 1 hingga 3 adalah menyertai pertandingan mewarna, di mana pelajar tahun 4 hingga 6 adalah menyertai pertandingan mereka kad Tahun Baru Cina. Kedua-dua aktiviti adalah dijalankan dalam kelas masing-masing.
Pada pukul 12.15 tengah hari, semua acara pertandingan pun tamat. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan. Guru Besar, Pengerusi PIBG, ahli-ahli PIBG dan Penolong Kanan Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Pemenang-pemenang adalah seperti jadual berikut:
Acara | Pemenang |
| Tahap 1- Kelas Tahun 1 Tahap 2- Kelas Tahun 6 |
| Tahun 1 1. Yeo Yen Jie 2. Lau Yee Ern 3. Muhammad Syaqeer Irfan 4. Lee Kai Yan 5. Ong Wei Yi Tahun 2 1. Goh Aik Lun 2. Nur Naimi Adriana Bt Muhamad Maulana 3. Lee Hor Qiu 4. Phuah Chun Heng 5. Nur Shahidah Bt Suhud Tahun 3 1. Nur Adryana Elisa Choo 2. Chong Yin Xin 3. Yeo Yen Xin 4. Tan Zhi Xin 5. Muhammad Haiqal Danial |
| Tahun 4 1. Loh Wei Zhi 2. Kerry Tan Ing Wei 3. Phuah Ka Aik 4. Tang Wilson 5. Goh Aik Seng Tahun 5 1. Fu Jee Yong 2. Lee Ting Ting 3. Phuah Jia Yi 4. Yap Chien Jeen 5. Yeo Woon Chin Tahun 6 1. Chou Hui Jing 2. Tan Pei Zhi 3. Wang Bai Yuan 4. Noor Aqilah 5. Tan Chi Shen |
| Tahun 1 1. Yeo Yen Jie 2. Chou Chian Sian 3. Tan Xiao Xuan 4. Fatima Yazmeen 5. Lau Yee Ern Tahun 2 1. Lee Hor Qiu 2. Nur Naimi Adriana Bt Muhamad Maulana 3. Goh Aik Lun 4. Nur Aifa Alia Zafirah Bt Abdul Fatah 5. Nur Shahidah Bt Suhud Tahun 3 1. Chong Yin Xin 2. Yeo Yen Xin 3. Tan Pei En 4. Hiew Jia Jing 5. Nur Adryana Elisa Choo |
| Tahun 4 1. Lee Ping Ping 2. Phuah Ka Aik 3. Loh Wei Zhi 4. Kerry Tan Ing Wei 5. Sany Tan Suet Nie Tahun 5 1. Fu Jee Yong 2. Karen Jang Chin Yin 3. Lee Sang Zhe 4. Phuah Jia Yi 5. Lee Ting Ting Tahun 6 1. Tan Chi Shen 2. Chou Hui Jing 3. Tan Pei Zhi 4. Chou Chun Sian 5. Noor Aqilah |
Akhirnya, Pesta Angpau pun tamat dan bersurai pada pukul 12.45 tengah hari. Guru Besar melakukan upacara perasmian penutup Pesta Angpau tahun 2011 ini. Pesta Angpau pada tahun ini amat meriah. Kesempurnaan Pesta Angpau ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak iaitu guru, pihak PIBG, pelajar dan ibu bapa.