Anugerah Kecemerlangan

Anugerah Kecemerlangan
Tahniah diucapkan kepada semua warga Chee Mong ! You are the BEST !!!

Mesyuarat Agung PIBG 2016

日期Tarikh : 07.04.2016 ( 星期四Khamis )
时间Masa : 2.15 pm
地点Tempat :学校图书馆Perpustakaan Sekolah

Program 40 Hari Menjelang UPSR

日期Tarikh : 20.07.2016 ( Rabu )

Sunday 10 July 2016

SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2016

      Pada 15 Mei 2016, SJK (C) Chee Mong telah mengadakan Sambutan Hari Guru 2016 yang bertemakan guru pembina negara bangsa bertempat di dewan kecil SJK (C) Chee Mong. Sambutan ini telah disertai oleh semua murid SJK (C) Chee Mong seramai 96 orang dan semua guru turut terlibat. Semua ibu bapa juga dijemput hadir ke sekolah bersama-sama meraikan sambutan ini.

15 Mei 2016
7.20pagi
Semua murid, guru dan para tetamu berkumpul di dewan kecil SJK (C) Chee Mong untuk meraikan sambutan Hari Guru 2016.

7.30pagi- 8.40pagi
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu “Guru Malaysia”. Atur cara diteruskan lagi dengan bacaan perutusan Sambutan Hari Guru Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia oleh Cikgu Norashimah Binti Iberahim dan bacaan perutusan dari Menteri Besar Terengganu dan Pengarah JPN Terengganu oleh Cikgu Ku Ai Chean. Seterusnya, ucapan daripada Guru Besar. Guru Besar mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga pendidik SJK (C) Chee Mong serta berterima kasih kepada ibu bapa dan tetamu yang menghadiri sambutan ini. Ucapan seterusnya disampaikan oleh Cikgu Oho Siok Kiang selaku wakil guru.Kemudian, wakil murid Ong Wei Yi turut memberikan ucapan kepada semua guru. Sesi diteruskan dengan penyerahan cenderahati penghargaan kepada semua guru yang disampaikan oleh YDP PIBG. Upacara “Minum Teh” oleh murid kepada guru turut dijalankan dengan lancar.

9.30pagi – 10.30 pagi
Aktiviti permainan dijalankan untuk murid Tahap 1 dan Tahap 2. Semua guru boleh menyertai permainan tersebut. Acara permainan bagi setiap tahap adalah seperti berikut :
Tahap 1 – Merebut kerusi
Tahap 2 – Ikat kaki berpasangan
Semua guru dan murid – Pijak belon

10.30 pagi – 11.30 pagi
Semua murid dan guru berkumpul di kantin sekolah untuk jamuan ringan. Semua murid membawa makanan masing-masing untuk dihidangkan. Makanan murid Islam dan bukan Islam diasingkan mengikut tempat di mana murid Islam menghidangkan makanan di bawah pokok manakala murid bukan Islam menghidangkan makanan mereka di kantin.

11.30 pagi -11.45 pagi
Majlis disambung dengan upacara penyampaian hadiah.

11.45 petang
Majlis bersurai.


Secara keseluruhannya, sambutan hari guru telah membawa manfaat kepada semua warga sekolah. Sambutan ini berupaya merapatkan perhubungan yang erat di antara guru, murid dan ibu bapa. Sambutan ini juga dapat membentuk nilai-nilai murni dalam diri murid di mana murid akan menghargai jasa guru yang sentiasa menyampaikan ilmu kepada mereka di samping memupuk sikap hormat-menghormati, setia kawan, bekerjasama dalam kehidupan seharian.



Monday 30 May 2016

KEM KEPIMPINAN 2016

KEM KEPIMPINAN 2016


      Pada 5 Mei 2016, SJK (C) Chee Mong telah mengadakan Kem Kepimpinan 2016 bertempat di dewan besar SJK (C) Chee Mong. Kem ini telah disertai oleh pengawas, pengawas perpustakaan, ketua kelas serta penolong ketua kelas SJK (C) Chee Mong seramai 49 orang dan 5 orang guru turut terlibat.

7.00pagi
Semua murid berkumpul di  hadapan dewan besar SJK (C) Chee Mong untuk sesi pendaftaran. .

7.20pagi – 10.20 pagi
Semua peserta berada di dewan besar untuk mendengar ceramah kepimpinan yang disampaikan oleh Cikgu Chua Peck Em selaku pengerusi kem kepimpinan tahun 2016. Murid teah didedahkan dengan tugas-tugas seorang pemimpin dan cara untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa. Slot ini juga menyediakan nyanyian dan tarian kepada peserta bagi memberi peluang untuk mereka menghayati lirik lagu tersebut secara terhibur. Seterusnya, aktiviti ‘team building’ turut dijalankan di mana setiap kumpulan dikehendaki mengikat kaki antara satu sama lain untuk melalui halangan petak yang disediakan. Dengan ini, mereka perlu bekerjasama dan bertolak ansur bagi membolehkan kedua-dua kumpulan melepasi halangan.

10.20 pagi- 11.00pagi
Murid bergerak ke kantin sekolah untuk sarapan pagi. Murid duduk mengikut kumpulan masing-masing.

11.00 pagi – 1.30 petang
Semua peserta sekali lagi naik ke dewan besar untuk terlibat dengan aktiviti uji minda. Terdapat 6 stesen permainan yang telah disediakan kepada mereka. Mereka diberikan masa selama 20 minit untuk menyelesaikan masalah yang disediakan pada setiap stesen. Melalui aktiviti ini, peserta dapat bekerjasama untuk menyelesaikan masalah di mana ketua kumpulan memainkan peranan yang penting dalam memberi arahan kepada anak buahnya dalam pembahagian tugas.

Aktiviti stesen adalah seperti berikut :
Stesen 1 – Kuiz matematik
Stesen 2 – ‘Bridge building’
Stesen 3 – ‘Mistery triangles’
Stesen 4 – Bulatan kertas
Stesen 5 – Sudoku
Stesen 6 – Menulis secara berkumpulan

1.30 petang  – 2.30 petang.
Murid bergerak ke kantin untuk makan tengah hari. Semua murid dilatih untuk mendisiplinkan diri dengan mencuci dengan sendiri peralatan makanan yang telah digunakan.

2.30 petang  – 4.30 petang
Murid menjalankan aktiviti mengecat tayar bagi menceriakan kawasan sekolah bertempat di dewan kecil SJK (C) Chee Mong. Para peserta dipecahkan mengikut kumpulan dan diberikan tugasan untuk mengecat tayar berbentuk minion. Aktiviti ini membolehkan murid bersama-sama mencurah sumbangan kepada keceriaan sekolah di samping melatih mereka untuk mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menghasilkan sesuatu. Murid juga dilatih untuk mendisiplinkan diri dalam menjalankan aktiviti supaya mereka dapat menjadi seorang peneraju yang baik. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat mencungkil bakat seni murid-murid.

4.30 petang
Satu majlis penutupan ringkas telah dijalankan di mana murid-murid diberikan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Guru Besar SJK (C) Chee Mong, Pn Tan Lee Eng.


Secara keseluruhannya, kem kepimpinan ini telah memberi pelbagai kebaikan kepada peserta. Kem ini dapat membentuk nilai-nilai murni dalam diri murid di mana murid akan bekerjasama antara satu sama lain untuk menyelesaikan masalah tanpa mengira bangsa serta mendidik mereka untuk menjadi seorang pemimpin yang cekal dan cekap. Penambahbaikan yang boleh dilakukan sepanjang aktiviti ini adalah  dengan melibatkan lebih ramai peserta dengan mengambil kira ketidakhadiran sebilangan peserta. 

Wednesday 27 April 2016

Kejohanan Merentas Desa Tahun 2016

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2016

TARIKH : Jumaat / 15 Januari 2016
MASA : 7.30 hingga 9.30 pagi
TEMPAT : SJK(C) CHEE MONG


Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu aktiviti tahunan SJK(C) Chee Mong. Kejohanan tahun ini mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SJK(C) Chee Mong dengan kerjasama warga sekolah dan komuniti setempat sesuai dengan sarana ibubapa yang membantu dalam aktiviti kawalan keselamatan. Pada tahun ini, acara merentas desa melibatkan murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dalam 4 kategori iaitu kategori Tahap 1 (lelaki dan perempuan) dan kategori Tahap 2 (lelaki dan perempuan).
Aktiviti bermula jam 7.00 pagi. Guru-guru saling membantu menyusun murid-murid mengikut kategori bagi melancarkan perjalanan kejohanan ini dan dapat menyenangkan guru kelas mengambil kedatangan murid. Pada jam 7.15, nyanyian lagu Negaraku dan murid-murid membuat aktiviti memanaskan badan dengan diketuai oleh Cik. Oho Sook Khiang. Selepas itu, PK Ko-kurikulum memberikan taklimat kejohanan dan langkah-langkah keselamatan kepada semua peserta yang memgambil bahagian. Murid-murid perlu menghabiskan larian sejauh 2.7 km untuk Tahap 2 dan 2.0 km untuk murid Tahap 1 mengelilingi kawasan sekitar Kg. Gemia dan Kg. Limbong sepertimana latihan yang dijalankan selama 2 hari sebelum Hari Kejohanan. Seramai 99 orang murid telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang dianjurkan pada tahun ini.
Tepat jam 7.30 pagi, acara merentas desa dimulakan. Larian peserta dimulakan oleh peserta kategori Tahap 2 lelaki dan perempuan dan diikuti oleh peserta kategori Tahap 1 lelaki dan perempuan. Kejohanan pada tahun ini berjalan lancar kerana mendapat bantuan seramai 10
orang anggota Kelab Komuniti dan Rekreasi Terengganu (CRC), 10 orang anggota RELA, 4 orang anggota polis yang bertugas mengawal lalu lintas. Seramai 55 orang ibu bapa dan juga 15 orang guru telah terlibat secara langsung dalam memastikan kejohanan pada tahun ini berjalan dengan lancar.
Pada jam 9.30 pagi, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dijalankan. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar SJK(C) Chee Mong, Pn. Tan Lee Eng, dan juga AJK PIBG SJK(C) Chee Mong. Hadiah disampaikan kepada 8 orang pemenang bagi setiap kategori. Para pemenang menerima hadiah berbentuk pingat.
Aktiviti bersurai pada jam 9.30 pagi. Secara keseluruhan, kejohanan pada kali ini berjalan lancar. Tiada sebarang kemalangan berlaku. Unit Kokurikulum SJK(C) Chee Mong mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Syabas diucapkan. Diharapkan agar kita dapat merancang dan melakukan sesuatu yang lebih baik pada masa mendatang. Semoga Tuhan membalas jasa baik kalian.


Sunday 24 April 2016

2016年丙申年喜迎春联欢会 PESTA ANG PAU

日期Tarikh       04.02.2016(星期四 Khamis
时间Masa         7.45am – 1.15pm
地点Tempat     :启蒙国民型华文学校 SJK( C ) Chee Mong
宗旨Objektif          1.         通过节日活动渲染浓厚的新年气氛。
                                   2.         发扬中华民族千年优良传统文化、推广书法艺术、提升书艺水
                                   3.         鼓励学生积极参与竞争,培养学生积极进取,勇于拼搏,团结协作                                                的精神。
                            4.       激发学生学习兴趣,营造浓郁的学习氛围,促进健康向上的良好学                                                风的形成。
         
流程Atur cara      7.45 am       -  观赏影片及有奖问答
                                                         Menonton tanyangan video dan sesi soal jawab
                      8.15 am       -  书法解说会
                                             Pendedahan kemahiran cara menulis kaligrafi     
                      8.35am        -  硬笔字及挥春比赛
                                                         Pertandingan Tulisan Cina dan Kaligrafi                                                    
                                  9.35am        -  收拾场地 / 评委评分 Mengemas / Pemarkahan
                                  9.45am        -  下课  Rehat   
                                10.15am        -  填色及贺卡设计比赛
                                                         Pertandingan Mewarna dan Mereka Kad Tahun Baru Cina                                                 11.45am        -   学生集合  Murid berkumpul
                 -   唱国歌及州歌  Nyanyian Lagu Negaraku dan Selamat Sultan
                                                     -   校长致欢迎词Ucapan alu-aluan Guru Besar
                                                     -   家协主席致词Ucapan YDP PIBG
                                                     -   余兴节目Persembahan Murid
                                                     -   大合唱 Nyanyian beramai-ramai
                                    1.00pm     -   分发红包、柑和包装水  Pengagihan Ang Paubuah limau dan                                                               air kotak
                                    1.15pm     -   散会 Bersurai
        
                                                  
成绩Keputusan  

项目
Acara
评委
Pengadil
年级Tahun
优秀奖
 Saguhati
硬笔字比赛
Tulisan Cantik
胡淑娟师
1
艾丽莎
郑博阳
詹慧丽
梁忠雄师
2
周爱娜
杨全盛
颜鸣锋
朱君婷师
3
阿之里
陈玮柔
何侄纮
挥春比赛
Kaligrafi
吴佩云师
4
颜颂霖
苏海拉
阿玛丽娜
甘雪凌副校长
5
李年根
李昌佑
丘佳仙
洪洁慧师
6
王微
陈泇维
哈妮芝
填色比赛
Mewarna
关义昂副校长
1
拉哈娜
黄靖颖
林日耀
蔡碧莹副校长
2
大卫士
周爱娜
叶国梁
诺拉西玛师
3
张佩
陈经仁
祖玉佳
贺卡设计比赛
Mereka Kad
邱爱珍师
4
阿玛丽娜
卡娴
安琪拉
沈舒娴师
5
李年根
李昌佑
庄顺铭
侯爱珍师
6
刘宇恩
哈妮芝
张文翰

鸣谢Penghargaan-家教协会赞助挥春及硬笔字比赛和填色及设计贺卡比赛的奖品(红                                             包),每个年级各3份奖品。
                                    -家教协会赞助全校师生每人两个芦柑及一盒包装水,另外也赠送全校师
                                      生及学校员工每人1封红包。


Sunday 1 March 2015

PESTA ANGPAU TAHUN 2015

日期Tarikh       12.02.2015(星期四 Khamis
时间Masa       7.45am – 12.45pm
地点Tempat   :启蒙国民型华文学校 SJK( C ) Chee Mong
宗旨Objektif        
1.         通过节日活动渲染浓厚的新年气氛。
2.         发扬中华民族千年优良传统文化、推广书法艺术、提升书艺水
3.         鼓励学生积极参与竞争,培养学生积极进取,勇于拼搏,团结协作的精神。
4.        激发学生学习兴趣,营造浓郁的学习氛围,促进健康向上的良好学风的形成。
         
流程Atur cara      7.45 am       -  学生集合  Murid berkumpul
                     7.45 am       -  硬笔字及挥春比赛
                                                        Pertandingan Tulisan Cina dan Kaligrafi                                                    
                                 9.00am        -  收拾场地 / 评委评分 Mengemas / Pemarkahan
                                 9.10am        -  休息  Rehat  
                                 9.30am        - 填色及贺卡设计比赛
                   Pertandingan Mewarna dan Mereka Kad Tahun Baru Cina
                                                    -  余兴节目  Persembahan Murid
                                11.00pm     -  收拾场地 / 评委评分 Mengemas / Pemarkahan
                                                    -   颁奖仪式  Penyampaian Hadiah          
                                11.10pm     -   学生集合  Murid berkumpul
               -   唱国歌及州歌  Nyanyian Lagu Negaraku dan Selamat Sultan
                                                   -  校长致欢迎词Ucapan alu-aluan Guru Besar
                                                   -   家协主席致词Ucapan YDP PIBG
                                                   -   颁发纪念品Penyampaian Cenderahati
                                                   -   余兴节目Persembahan Murid
                                                   -   分发红包和柑  Pengagihan Ang Pau dan buah limau
                                12.45pm     -   散会 Bersurai

                                                  
成绩Keputusan  
项目Acara
年级Tahun
优秀奖 Saguhati
硬笔字比赛
Tulisan Cantik
1
颜鸣锋
周爱娜
余欣芸
2
黄袆琳
丁长喜
陈玮柔
3
潘贞纹
颜颂霖
刘宇双
挥春比赛
Kaligrafi
4
黄百义
李年根
王浩存
5
陈晓萱
刘宇恩
亚丝敏
6
李可裘
叶丰源
潘俊庆
填色比赛
Mewarna
1
李翰轩
普特丽
大韦士
2
丁长喜
王欣茹
张佩
3
苏海拉
阿玛丽娜
颜颂霖
贺卡设计比赛
Mereka Kad
4
王浩存
李年根
庄顺铭
5
纳发
哈妮芝
刘宇恩
6
潘俊庆
叶丰源
李可裘

鸣谢Penghargaan
家教协会赞助挥春及硬笔字比赛和填色及设计贺卡比赛的奖品(红 包), 每个年级各3份奖品。
家教协会赞助全校师生每人两个芦柑及一盒包装水。

家协主席陈文新先生赠送全校师生及学校员工每人1封红包。